Institut Pertanian Sarawak

Institut Pertanian Sarawak

Thursday, September 20, 2018

Monday, February 20, 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IP SARAWAK

Tempoh Permohonan Kemasukan Ke Institut pertanian Sarawak Semongok dilanjutkan sehingga 24 Februari 2017 (Jumaat)

Sila Dapatkan Borang Permohonan daripada laman Web www.doa.gov.my, Jabatan Pertanian Bahagian/Daerah dan juga daripada Pejabat Am Institut Pertanian Sarawak, Semongok. Sila Sertakan dengan salinan KAD PENGENALAN DAN SALINAN SIJIL SPM DAH TELAH DISAHKAN SAHAJA.

Friday, October 21, 2016

PEMBIAYAAN KOS PROGRAM



PEMBIAYAAN KOS PROGRAM

Kos pengajian dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Sarawak. Makanan dan penginapan sepanjang tempoh pengajian. Wang saku sebanyak RM 150.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian.

Tuesday, October 18, 2016

PROSPEK KERJAYA




PROSPEK KERJAYA

Kementerian Kewangan Malaysia melaporkan dalam Laporan Ekonomi 2011/2012, bahawa purata kekosongan kerja peringkat pekerja mahir bagi bidang pertanian, perhutanan dan perikanan bagi tempoh 2007 – 2010 adalah 31,531 kekosongan setahun. Purata bilangan lulusan Sijil Pertanian adalah seramai 570 orang graduan setahun. Ini menunjukkan bahawa prospek kerjaya bagi lulusan Sijil Pertanain adalah sangat baik.  

Kelazimannya graduan Sijil Pertanian akan dapat memenuhi keperluan pekerjaan dalam jawatan-jawatan berikut:
·         Pembantu Pertanian
·         Pembantu Penyelidik
·         Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
·         Penyelia Ladang
·         Juruteknik Pembangunan Usahawan
·         Penyelia Projek
·         Penyelia Pengeluaran Benih
·         Pengurus Landskap Hortikultur
·         Penyelia Padang Golf
·         Pengurus Khidmat Katering
·         Eksekutif Jualan

SINOPSIS



SINOPSIS

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pertanian dengan memberi penekanan kepada pengurusan pengeluaran makanan, pemprosesan dan pemasaran.  Terdapat tiga kategori kursus yang ditawarkan iaitu Kursus Umum, Kursus Teras dan Kursus Pengkhususan.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kursus Umum
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer, Communicative English, Tamadun Islam, Keusahawanan dan Pengurusan Am
Kursus Teras
Kejuruteraan Pertanian, Pengurusan Tanaman Sayuran dan Kontan, Tanaman Industri, Pengurusan Tanah, Perlindungan Tanaman, Mekanik Pertanian, Pengurusan Tanaman Buah-Buahan, Hortikultur Hiasan, Asas Pengurusan Ternakan, Asas Pemprosesan Makanan, Padi dan Pertanian Berpontensi Tinggi, Pengembangan Pertanian dan Perniagaan Tani
Kursus Pengkhususan
Landskap, Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan, Teknologi Memproses Hasil Pertanian, Mekanisasi Ladang, Pengurursan Estet dan Pengurusan Ternakan


Kursus Umum memberi kemahiran insaniah dan Kursus Teras merupakan kursus yang berkaitan dengan asas pertanian. Kursus Pengkhususan pula disediakan bagi membolehkan pelajar memilih salah satu daripada enam (6) kursus pengkhususan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendedahan tambahan yang mendalam mengikut kecenderungan dan minat pelajar semasa di tahun akhir.

LATAR BELAKANG INSTITUT PERTANIAN SARAWAK



  • Meliputi kawasan seluas 149.8 hektar dimana 38.8 hektar merupakan kawasan kompleks dan 121 hektar merupakan kawasan ladang dan simpanan.
  • Dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak. Pengetua bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan kawalan institut.
  • IPS menawarkan Kursus Sijil Pertanian selama 2 tahun kepada sesiapa yang berminat dan telah memenuhi syarat-syarat kemasukan. 
  • Sijil ini telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Mendapat pengiktirafan MS ISO 9002 pada 2006

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)



Di akhir pembelajaran program ini, graduan akan dapat:


  1. Menggunakan konsep asas teknologi dalam pengurusan pertanian dan keusahawanan
  2. Mengadaptasi perubahan teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian
  3. Mengaplikasi kemahiran berkomunikasi
  4. Mengenalpasti dan menangani masalah berkaitan dalam bidang pertanian
  5. Menjadi insan yang dinamik dan bertanggungjawab
  6. Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
  7. Menjadi usahawan kreatif, inovatif, dan berdaya saing
  8. Mengamalkan sikap profesionalisme yang memenuhi kehendak pelanggan, majikan dan komuniti
  9. Mempamerkan kepimpinan berkesan dan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan