Institut Pertanian Sarawak

Institut Pertanian Sarawak

Tuesday, October 18, 2016

SINOPSIS



SINOPSIS

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pertanian dengan memberi penekanan kepada pengurusan pengeluaran makanan, pemprosesan dan pemasaran.  Terdapat tiga kategori kursus yang ditawarkan iaitu Kursus Umum, Kursus Teras dan Kursus Pengkhususan.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kursus Umum
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer, Communicative English, Tamadun Islam, Keusahawanan dan Pengurusan Am
Kursus Teras
Kejuruteraan Pertanian, Pengurusan Tanaman Sayuran dan Kontan, Tanaman Industri, Pengurusan Tanah, Perlindungan Tanaman, Mekanik Pertanian, Pengurusan Tanaman Buah-Buahan, Hortikultur Hiasan, Asas Pengurusan Ternakan, Asas Pemprosesan Makanan, Padi dan Pertanian Berpontensi Tinggi, Pengembangan Pertanian dan Perniagaan Tani
Kursus Pengkhususan
Landskap, Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan, Teknologi Memproses Hasil Pertanian, Mekanisasi Ladang, Pengurursan Estet dan Pengurusan Ternakan


Kursus Umum memberi kemahiran insaniah dan Kursus Teras merupakan kursus yang berkaitan dengan asas pertanian. Kursus Pengkhususan pula disediakan bagi membolehkan pelajar memilih salah satu daripada enam (6) kursus pengkhususan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendedahan tambahan yang mendalam mengikut kecenderungan dan minat pelajar semasa di tahun akhir.

No comments:

Post a Comment