PENGENALAN
Institut Pertanian
Malaysia merupakan institusi yang mendahului dalam menjalankan pendidikan dan
latihan pertanian peringkat sijil kepada belia dan beliawanis secara holistik
mulai tahun 50 an. Tempoh pengajian Program Sijil Pertanian Malaysia adalah
selama 2 tahun (4 semester) dengan bebanan pengajaran dan pembelajaran 63 jam
kredit. Nisbah
pengajaran dan pembelajaran kurikulum Sijil Pertanian adalah 70% kemahiran dan 30% teori. Bagi melahirkan modal insan pertanian
bestari dan berinformasi, kurikulum yang disampaikan merangkumi kesemua aspek
kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk menjamin kualiti Program Sijil
Pertanian berterusan dan memenuhi keperluan semasa, kurikulum akan dikemaskini.
Program Sijil
Pertanian ditawarkan kepada pelajar yang meminati bidang pertanian bagi
mewujudkan tenaga kerja mahir bagi
membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini
adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara yang bertujuan
meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik yang semakin
meningkat dan pembangunan pertanian bernilai tinggi yang dapat meningkatkan
sumbangan kepada pendapatan negara dan usahawan tani.
Program Sijil Pertanian Malaysia ini
ditawarkan di enam (6) lokasi Institut Pertanian Malaysia iaitu Institut
Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak;
Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor;
Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang
Menggaris, Kota Belud.
No comments:
Post a Comment